Wednesday, January 20, 2021

Memperkenalkan Diri 😘

 Assalamualaikum dan selamat pagi anak-anak.😍




Hari ini hari Khamis , 21 Januari 2021.

Semoga anak - anak sihat semuanya ya.

Ok lah hari ini , semua anak - anak akan memperkenal diri melalui  rakam video.

Anak-anak hanya perlu memperkenalkan:

1. Nama

2. Umur

Tambahan jika mampu ya;

3. Tinggal di mana

4. Nama sekolah 


Contoh Rakaman Tugasan Hari Ini:



Video Murid

1. Ahmad Deen Na'im Bin Abdul Ghafuur





2. Ahmad Luqman Alhakim Bin Ahmad Fairil Azarin




3.  Cherish Felixia Orlynn A/K Azuan



4. Dalysa Kayyisa Binti Yusman


5.  Jessica Adellea



6. Mohammad Ghazi Aryan Bin Mohammad Ghazidi Afdzal




7. Muhammad Farish Iman Bin Muhamad Sukur


8. Nur Affina Huwaida Binti Mohamad Hisyam



9.    Nur Hadeeqa Delaila Binti Hasnizam
10. Nur Alilatul Sumaiyah Binti Khairul Arifin




11. Rosfamanissya Binti Roslan




12.  Victoria Erin Asha Binti Wan
13.  Vieviean Andrieyas A/K Joni



14.  Wahiwal Zafran Bin Warak



15. Zahieni Binti Zinal




Selamat Datang Anak-Anak Prasekolah SK Talang 2021

Salam Perkenalan 😍



Ucapan Alu-aluan Tuan Guru Besar SK Talang

En Khaimin Bin Sapiri

Guru Besar SK Talang


Ucapan Guru Prasekolah


En Mohd Nasir Bin Hassim

Guru Prasekolah SK Talang



Ucapan Guru Pendidikan Islam


Puan Hajjah Suriati Binti Sabari

Guru Pendidikan Islam SK Talang


Ucapan Pembantu Pengurusan Murid


Cik Norshafarin binti Ab Ghani

Pembantu Pengurusan Murid

Monday, December 3, 2018

Jom Daftar! PRASEKOLAH SK TALANG

Assalamualaikum

Jom Daftar! PRASEKOLAH SK TALANG

• Pihak sekolah mempelawa kanak-kanak  berumur 6 tahun (2019)
  untuk mendaftar di prasekolah SK Talang bagi sesi persekolahan Tahun 2019.

HUBUNGI SEGERA
• 06-4889902 (Pejabat)
• 0129792770 ( Mr Nasir)

** Boleh dapatkan borang pendaftaran di pejabat


Monday, July 7, 2014

Semoga semuanya kembali seperti sediakala...

Assalamuaikum..
buat pengunjung blog ini, kami ucapkan terima kasih kerana masih sudi menjengah kami yang kerdil ini. Walaupun sebuah prasekolah yang kecil namun kami mempunyai impian yang tinggi, kehendak yang tinggi dan pastinya kecemerlangan menjadi impian kami. Namun kita sebagai manusia hanya mampu merancang. Atas urusan kesihatan yang kurang baik segalanya agak terbatas. Kadang-kadang lagak seperti orang sihat akhirnya berakhir dengan kekecewaan... semoga semuanya akan kembali seperti sediakala. InsyaAllah

Friday, February 28, 2014

Kembara ke KIDZANIA

Kembara ke KIDZANIA
       Pada awal tahun 2013, pihak prasekolah telah memutuskan untuk membawa anak-anak prasekolah ke KIDZANIA. Cuma yang menariknya program ini ia  akan melibatkan ibu bapa. Oleh demikian pelbagai strategi telah dirangka memandangkan kos untuk mengadakan program ini agak tinggi. Namun kerjasama yang baik daripada Pengerusi WARIS, Encik Amizan Mahmud telah mengadakan beberapa sesi perbincangan untuk memastikan program ini berjaya terlaksana. Antara strategi yang dirancang adalah memohon sumbangan dari  orang perseorangan, ketua komuniti, Yang Berhormat, Syarikat Swasta, tabung dana khas dan lain-lain.

Sumbangan ke KIDZANIA?
        Mungkin ada yang bertanya kenapa perlu memohon sumbangan ? Jawapanya adalah sebahagian daripada murid adalah kanak-kanak desa yang mana ibu bapa mereka adalah bekerja sendiri (kerja kampung). Oleh itu , program sumbangan tersebut perlu dijalankan untuk membantu sebahagian murid-murid ini untuk merasai pengalaman di KiDZANIA  seperti pengalaman kanak-kanak bandar yang sebaya mereka.  Alhamdulillah program sumbangan ini telah membuka ruang kepada bekas pelajar SK Talang, orang perseorangan, usahawan berjaya, syarikat swasta dan lain-lain untuk menyumbang . Sebenarnya ramai individu yang sedia untuk membantu aktiviti sekolah, namun mereka tidak tahu bagaimana hendak disalurkan dan program apakah yang sesuai di bantu mengikut pandangan mereka . Ucapan ribuan terima kasih dan semoga Allah membalas jasa kalian dengan kebaikan.    Program sumbangan untuk ke kidzania telah dilancarkan oleh guru menggunakan kertas kerja yang telah dirangka. Selain menggunakan menggunakan surat , media social seperti facebook di gunakan sebaiknya untuk untuk mendapatkan sumbangan. Alhamdulillah reaksi yang diterima sangat baik dan sedikit sebanyak dapat menghubungkan kembali memori kepada bekas pelajar SK Talang.

Lawatan dan kesimpulan
         Mengikut tarikh kelulusan lawatan, maka bergeraklah rombongan Prasekolah ke Kidzania. Pada jam 7.00 pagi ibu bapa dan  murid menikmati  sarapan pagi di kantin SK Talang. Menu Nasi Lemak dan air milo. Tepat jam 7.30 pagi bergeraklah bas ke destinasi yang dituju.  Hujan sepanjang perjalanan menjadikan perjalan agak pelahan dan mengantuk. Em jam 10.30 tibalah kami di KIDZANIA. Oleh kerana kami telah menempah awal segala urusan yang berkaitan pendaftaran masuk berjalan dengan baik dan mudah. Kecekapan kakitangan KIDZANIA wajar dipuji. Setelah mendaftar murid di bawa mengikut laluan khas dan ibu bapa dan guru melalui jalan yang lain. Melihat dari suasana tersebut "aura" Kidzania jelas terasa (hehhe).
         Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan mereka terus menikmati permainan yang disediakan.

Ulasan ringkas :-
Kidzania ?
  1. Setiap aktiviti sangat mengujakan
  2. Pengalaman bermakna/sebenar
  3. Aktivti hands on
  4. Berdikari
  5. Menarik
  6. Peluang untuk mencuba dibuka seluas-luasnya

Masalah?
  1. Tiada masalah dari segi pengurusan dan permainan memang TIP TOP!
  2. Agak sesak (1 Malaysia datang!)
  3. Masa menunggu terlalu lama (em sesak )
  4. Lebih sesuai untuk kanak-kanak berumur 9 tahun ke atas
  5. Murid pra perlu dibimbing dan bantu mereka memahami arahan 
KOLEKSI GAMBAR KIDZANIA KLIK KIDZANIA

Adakah berjaya?
           Ya berjaya!

            Diakhir kata, ucapan terima kasih buat semua yang banyak membantu selama ini. Jika hendak dicoretkan disini rasanya tak habis nak tulis rasanya. Semoga Allah Membalas Jasa Kalian Dengan Kebaikkan!