Pengenalan


Kelas Prasekolah SK Talang diwujudkan berikutan peluasan prasekolah tahun 2003. Kerja-kerja pengubahsuaian telah dilakukan pada penghujung tahun 2002 dengan mengambil satu kelas dari bangunan blok A sebagai tapak prasekolah.

Pemilihan murid prasekolah bagi sessi 2003 telah dibuat pada bulan September 2002 dengan pengambilan murid seramai 23 orang. Pada 5 Januari 2003 bermulalah lembaran baru kewujudan prasekolah SK Talang yang pertama.
Pn. Sarina bt. Mohamad Arif  adalah guru prasekolah Sk Talang yang petama dan mula berkhidmat di prasekolah ini pada sesi persekolahan tahun 2003 hingga 2007. Beliau mendapat latihan perguruan dengan opsyen Pendidikan Awal Kanak-kanak pada tahun 1991 hingga 1993 di Maktab Perguruan Raja Melewar. Kini beliau telah bertugas di Sk Taman Prima Selayang Batu Caves Selangor juga sebagai seorang guru prasekolah. Ketika itu beliau dibantu oleh PPM Pn Safura (2003-2007) yang kini telah bertugas di SK Nuri. Pada tahun 2008 prasekolah Sk Talang telah menerima seorang guru baru iaitu En Mohd Nasir bin Hassim. Beliau mendapat latihan di Institut Perguruan Raja Melewar sesi 2003-2006 dalam opsyen Prasekolah (Diploma).
Pembantu prasekolah sekarang pula ialah Cik Farah Waheda bt Ayob yang telah dipilih oleh pihak Jabatan Pelajaran N.Sembilan melalui temuduga. Beliau mula bertugas di Prasekolah Sek.Keb.Talang pada disember 2008 mengantikan Pn Haidawati Mohd Moor (2007-2008) yang telah berpindah ke Sk Paloh Hinai, Pahang.