Sunday, August 14, 2011

Mengapa bermain itu penting?

Main amat penting kepada kanak-kanak tetapi kepentingannya tidak difahami secara mendalam. Ibu bapa perlu mendapat penerangan daripada guru yang mendapat kepercayaan anaknya. Contohnya memaklumkan kepada ibu bapa bermain bongkah dengan menyusun dan membina adalah pengalaman pembelajaran yang berguna. Jika tidak diberi penerangan yang menyakinkan, ibu bapa akan bergantung kepada lembaran kerja rumah sebagai penanda aras pembelajaran anaknya.

Kanak-kanak belajar melalui penglibatan yang aktif seperti meneroka, bereksperimen dan bertanya. Vygotsky percaya bahawa semasa bermain, kanak-kanak bebas untuk bereksperimen, mencuba dan mencuba kemungkinan, membolehkan mereka mencapai diluar aras keupayaannya. Main memberi peluang kanak-kanak untuk menguasai persekitarannya. Apabila kanak-kanak memastikan keadaan permainan. Kanak-kanak yang diberi pilihan untuk meneroka secara bebas, mengikut tahap dan keunikan sendiri akan menjadikannya lebih bersemangat untuk belajar dan menjadi pembelajar yang tinggi rasa ingin tahu.

Tanggapan orang dewasa terhadap main adalah berbeza dengan kanak-kanak. Main bagi orang dewasa merujuk kepada riadah dan profesion. Contohnya bermain bola untuk mengeluarkan peluh dilakukan secara suka-suka di samping bersosial. Main juga bagi orang dewasa boleh dijadikan kerjaya iaitu sebagai pemain profesional yang mendapat gaji. Sebaliknya kanak-kanak bermain adalah belajar untuk menguasai kemahiran motor kasar dan motor halus. Pengalaman belajar menerusi main dapat meningkatkan domain kognitif, fizikal, bahasa, emosi dan sosialisasi.

 by Assoc. Prof. Dr Bustam Kamri, (Ed.D.)

No comments:

Post a Comment