Sunday, May 19, 2013

Gotong Royong Prasekolah


        Sabtu 18 Mei 2013 (Sabtu) :-  WARIS  prasekolah (Kelab Ibu Bapa) telah mengadakan gotong royong seperti yang telah dirancang dan dipersetujui bersama pada mesyuarat ajk WARIS kali pertama. Gotong royong adalah salah satu akiviti tahunan prasekolah yang bertujuan memberi peluang dan ruang kepada ibu bapa untuk mendekati alam pendidikan awal kanak-kanak. Menjadi fitrah ibu bapa murid prasekolah untuk mengikuti perkembangan anak-anak mereka. Jesteru itu aktiviti seperti ini boleh menjadi penghubung diantara ibu bapa dan prasekolah.
       Pada mesyuarat ajk WARIS pertama, mesyuarat telah bersetuju untuk memilih ruang makan murid menjadi “kawasan angkat” WARIS. Setelah menetapkan ruang yang akan diceriakan, WARIS telah melantik Pn Norila Tangkar sebagai Ketua Program Gotong Royong dan menubuhkan jawatankuasa kerja yang dianggotai ibu bapa dan guru SK Talang. Aktiviti ini bermula dengan menyenaraikan bahan-bahan yang diperlukan seperti cat, berus cat, mangkuk cat, sarung tangan , cangkul , plastik sampah dan bahan-bahan yang lain. Persiapan awal penting untuk memastikan aktiviti yang akan dijalankan tidak terganggu. Alhamdulillah, pihak ibu bapa telah bertindak proaktif dengan menyediakan alatan dan keperluan gotong royong yang lain seperti tanah bakar, bunga dan lain-lain. Komitmen dan kesungguhan ibu bapa amat dikagumi dan dihargai selain dapat membantu mengurangkan kos untuk aktiviti ini.
      Sebelum gotong royong bermula, kehadiran ibu bapa dan warga sekolah dicatatkan. En Sulan PK HEM   (wakil guru besar)  memberikan ucapan ringkas kepada ibu bapa dan  beliau berharap gotong royong ini berjalan seperti yang telah dirancangkan.  Setelah taklimat disampaikan oleh Sdr Nasir, hadirin dijamu menu “Nasi Lemak Kukus Lela” dan beberapa jenis kuih muih yang dibawa ibu bapa. Sedaappppppp J
      Tepat jam 9.00 pagi bermulalah aktiviti gotong royong seperti yang telah dirancangkan. Syukur Alhamdulillah kehadiran ibu bapa dan warga SK Talang yang diluar jangkaan telah memeriahkan suasana gotong royong. Nampaknya bukan ruang makan sahaja yang diberi tumpuan tetapi keseluruhan kawasan prasekolah!
Pn Norila (ketua program)
      Beberapa kumpulan di lihat telah terbentuk di kawasan taman permainan, ruang kelas, kawasan kolam, ruang makan dan sudut golf. Ketekunan dan kesungguhan ibu bapa dalam aktiviti yang dijalankan wajar dipuji dan dicontohi kerana mereka tahu apa yang perlu dilakukan tanpa menunggu arahan.
  1. Berikut adalah antara pengisian semasa gotong royong tersebut :-
  2. Mengecat ruang makan.
  3. Menanam bunga baru di dalam pasu dan di atas tanah.
  4. Mencatas pokok bunga.
  5. Membersihkan persekitaran prasekolah.
  6. Membasuh longkang.
  7. Membasuh koridor.
  8. Mengemas ruang dalam bangunan prasekolah

      Pihak sekolah mengakui untuk mengumpulkan semua ibu bapa dalam satu-satu masa adalah perkara mustahil di atas beberapa faktor seperti pekerjaan, mengurus hal keluarga dan lain-lain oleh itu ucapan tahniah dan terima kasih kepada ibu bapa yang berusaha untuk hadir dan memberi kerjasama wajar diberikan. Bagi ibu bapa muda yang baru menyertai program seperti ini disekolah program ini adalah pendedahan yang baik dan bermakna untuk mereka. Ambilah pengalaman ini sebagai permulaan untuk terus bekerjasama dengan pihak sekolah untuk  meningkatkan kemajuan akedamik dan membantu menyediakan insfrastrukur atau program yang bermanfaat untuk murid SK Talang.

    
Aktiviti gotong royong tamat pada jam 12.00 tengah hari. Namun beberapa orang ibu bapa meneruskan beberapa kerja yang yang belum sempurna dan mengemaskan beberapa sudut yang yang belum sempurna. Alhamdulillah, program yang pada mulanya difikirkan sukar untuk dilaksanakan telah berjaya tanpa adanya halangan. Pihak prasekolah mengucapakan ribuan terima kasih pada WARIS, pihak pengurusan sekolah, guru-guru dan kakitangan sekolah yang telah banyak membantu sepanjang program ini berjalan. TERIMA KASIH!!

Koleksi Gotong Royong Gambar Klik Di sini Gotong Royong

No comments:

Post a Comment